Salam, saya Abu Backer Sidek ingin berkongsi pandangan ttg Bersih 3.0 yg di anjurkan oleh Ambiga Paria yg cuba porak peranda kan Negara . Bantahan saya semasa EGM telah di laporkan di media massa dan saya meminta kerajaan utk pinda Akta Profesyen Undang2 agar beri peluang pd kami untuk menyertai Badan yg lain drp majlis peguam . Waam Anda juga boleh menyuarakan pandangan anda kepada saya dengan mengisi Borang Maklumbalas dibawah. Terima kasih.

Sunday 13 May 2012

Peguam-peguam perlu badan alternatif selain drp majlis peguam (Bar Cauncil)

KUALA LUMPUR 11 Mei - Sebuah badan guaman baru yang bebas daripada pengaruh politik perlu diwujudkan bagi menggantikan Majlis Peguam.

Ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek berkata, langkah itu perlu memandangkan Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

"Kewibawaan Majlis Peguam sebagai sebuah badan non-partisan sudah dicemari agenda-agenda politik pemimpin dan parti pembangkang.

"Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Profesion Undang-Undang 1976 dalam usaha mewujudkan sebuah badan guaman yang bebas daripada campur tangan politik serta menjadi badan yang berintegriti dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Abu Backer, badan alternatif itu diharap akan menyediakan peluang yang lebih demokrasi dan profesional kepada peguam di negara ini.

"Saya cadangkan dinamakan Majlis Peguam Persekutuan Malaysia yang keanggotaannya dikawal oleh pihak Peguam Negara," katanya.

Abu Backer merupakan salah seorang daripada 16 ahli Majlis Peguam yang tidak menyokong resolusi berkenaan Bersih 3.0 yang dibentangkan pada Mesyuarat Luar Biasa anjuran badan tersebut di sini hari ini.

Pada mesyuarat tersebut, resolusi itu diluluskan oleh Majlis Peguam selepas mendapat 939 undi menyokong daripada 1,270 ahli yang hadir.

Tindakan itu kata Abu Backer, sebagai tanda bantahan dan tidak bersetuju dengan perjuangan Majlis Peguam yang mahu menghalalkan tindakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Saya berasa malu menjadi ahli Majlis Peguam dan saya berpendapat mesyuarat itu satu tindakan yang bodoh, membazir dan menyalahgunakan wang ahli-ahli," katanya.

Sehubungan itu juga, beliau mendesak Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan semua ahli jawatankuasa meletak jawatan dan berhenti daripada menggunakan kedudukan untuk memperbodoh-bodohkan ahli-ahli yang lain.

Katanya lagi, pendirian Majlis Peguam untuk tetap mempertahankan agenda Bersih 3.0 adalah amat tidak berasas kerana perhimpunan tersebut telah mencetuskan huru-hara di ibu negara selain turut mencederakan adiknya yang merupakan salah seorang anggota polis bertugas semasa perhimpunan haram tersebut.

Sumber : Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment