Salam, saya Abu Backer Sidek ingin berkongsi pandangan ttg Bersih 3.0 yg di anjurkan oleh Ambiga Paria yg cuba porak peranda kan Negara . Bantahan saya semasa EGM telah di laporkan di media massa dan saya meminta kerajaan utk pinda Akta Profesyen Undang2 agar beri peluang pd kami untuk menyertai Badan yg lain drp majlis peguam . Waam Anda juga boleh menyuarakan pandangan anda kepada saya dengan mengisi Borang Maklumbalas dibawah. Terima kasih.

Monday 21 May 2012

Hak Berpesatuan yang di jamin oleh Perlembagaan

Bar Council yang Pening...

Majlis Peguan dalam kenyataan akhbarnya minggu lepas iaitu The Star menyatakan mendokong hak berpesatuan. Oleh itu adalah tidak wajar dan tidak demokrasi untuk Majlis Peguam menentang usaha untuk menubuhkan badan alternatif kepada Majlis Peguan seperti Majlis Peguam Persekutuan Malaysia (MPPM) yang kami usulkan.

Saturday 19 May 2012

KHIDMAT GUAMAN PERCUMA KEPADA POLIS YANG DISERANG PERUSUH BERSIH 3.0

Majlis Peguam membuat resolusi yang berat sebelah kerana tidak mahu membela pihak polis yang didakwa mengasari perusuh jalanan yang dinamakan BERSIH 3.0. Tetapi hanya memihak kepada perusuh yang menghentam polis, Majlis Peguam yang dikuasai oleh Ambiga dan Pakatan rakyat telah menjadikan polis sebagai target untuk mereka menghentam kerajaan dan cubaan untuk melagakan rakyat dan polis di dalam siri-siri ceramah pakatan supaya rakyat membenci polis dan kerajaan.

Walaubagaimanapun taktik mereka ini tidak berjaya kerana tidak semua Majlis Peguam menyokong agenda Ambiga dan Pakatan rakyat ini.

Saya berpendapat bahawa Polis yang dikatakan mengasari Perusuh Bersih 3.0 adalah akibat daripada tindakan perusuh itu sendiri yang memaki hamun dan membuat provokasi terhadap pihak polis ketika bertugas. Maka kesabaran Polis yang bertugas dari awal pagi tergangu dan secara tidak sedar mereka bertindak akibat provokasi perusuh-perusuh tersebut .

Dari sudut undang-undang tindakan polis berkenaan adalah berlaku akibat dari "grave and sudden provocation" sebagaimana yang digariskan dalam kanun keseksaan yang hatta atau perbuatan atau tindak balas mereka itu mempunyai pembelaan yang bermerit dan sekiranya dalam tindakan mereka tersebut berlaku kematian kepada perusuh, maka undang-undang melindungi mereka & mereka tidak boleh dikenakan hukuman gantung, sebaliknya jika sabit bersalah akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup sahaja.

Saya dan bersama sebahagian ahli majlis peguam yang lain telah bersepakat menyokong bantahan terhadap majlis peguam yang dikuasai oleh pembangkang, dan kami akan menawarkan khidmat guaman percuma termasuk jaminan kepada anggota polis yang didakwa akibat provokasi perusuh jalanan.

Majlis Peguam Persekutuan Malaysia (MPPM2012) juga menawarkan khidmat guaman civil kepada anggota polis yang dikasari perusuh jalanan dan mereka terlibat dengan menganjur rusuhan jalanan.

Dengan memberi khidmat guaman percuma ini harap dapat memberi pembelaan dan keadilan keatas pihak polis yang di serang oleh perusuh BERSIH 3.0 dan juga dapat membela Ahli Majlis Peguam yang cuba dikuasai oleh Ambiga dan Pakatan Rakyat.

Sila hubungi kami di mymppm@gmail.com bagi mendapatkan khidmat guaman percuma bagi anggota polis yang teraniaya dalam rusuhan bersih 3.0.

Wednesday 16 May 2012

Keratan Akhbar Mingguan Malaysia 13 Mei 2012

1) Majlis Peguam diperalat parti pembangkang (Klik image untuk paparan yang besar).

2) Ahli mahu saman Majlis Peguam (Klik image untuk paparan yang besar).

3) Kerajaan setuju bentuk organisasi baru peguam (Klik image untuk paparan yang besar).

Keratan Akhbar Berita Harian 15 Mei 2012

1) Akademi Undang-Undang tak saingi Majlis Peguam (Klik image untuk paparan yang besar).

2) Polis anggap resolusi Majlis Peguam berat sebelah (Klik image untuk paparan yang besar).

3) Majlis Peguam mesti bebas politik (Klik image untuk paparan yang besar).

EGM jadi pentas hentam kerajaan

Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 12 Mei 2012.
Klik image untuk paparan besar.

Sunday 13 May 2012

My PRESS STATEMENT ON EGM BERSIH

Salam, saya Abu Backer Sidek ingin berkongsi pandangan ttg Bersih 3.0 yg di anjurkan oleh Ambiga Paria  yg cuba porak peranda kan Negara . Bantahan saya semasa EGM telah di laporkan di media massa dan saya meminta kerajaan utk pinta Akta Profesyen Undang2 agar beri peluang pd kami untuk menyertai Badan yg lain drp majlis peguam . Waam

Kerajaan setuju bentuk badan peguam baru


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
 
KUALA KANGSAR - Kerajaan bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk satu organisasi baru bagi mewakili mereka mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata golongan peguam itu boleh membentuk organisasi itu atas nama persatuan atau agensi lain yang baru seperti Akademi Undang-undang dengan menggunakan pendekatan lain.

"Kalau (mahu) ada satu persatuan dan agensi yang lain yang (boleh) dibentuk untuk mewakili mereka yang berkelulusan undang-undang mesti tahu, Malis Peguam (sedia ada) hanya mewakili mereka yang praktis undang-undang dan berdaftar dengan majlis itu sahaja.

Gov’t backs proposal to form new lawyer body

The government is in agreement over a demand by a group of lawyers intending to form a new organisation to represent their profession, welfare and legal interests, said Minister in the Prime Minister’s Department Mohamed Nazri Abdul Aziz.

He said the group could form an organisation as a new association or agency like the Legal Academy.

“If there is another association and agency formed to represent them, the Bar Council only represents those who practise law and are registered with the council only.

“But there are those who are qualified in law, such as lecturers, who need not become a member of the council. They are not practising lawyers and need not be a member of the council,” he told reporters after delivering a keynote address at a Professional Teacher Programme for Kuala Kangsar at Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak in Padang Rengas today.


He was commenting on Bar Council member Abu Backer Sidek’s (left) statement that a new, independent lawyer body be formed as the existing Bar Council had failed to defend itself as a professional body with integrity.

According to Mohamed Nazri, the lawyers concerned could set up a legal academy to represent those qualified in law in the country.

He said he was not surprised that there were Bar Council members who were unhappy with the body.

Peguam-peguam perlu badan alternatif selain drp majlis peguam (Bar Cauncil)

KUALA LUMPUR 11 Mei - Sebuah badan guaman baru yang bebas daripada pengaruh politik perlu diwujudkan bagi menggantikan Majlis Peguam.

Ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek berkata, langkah itu perlu memandangkan Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

"Kewibawaan Majlis Peguam sebagai sebuah badan non-partisan sudah dicemari agenda-agenda politik pemimpin dan parti pembangkang.

"Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Profesion Undang-Undang 1976 dalam usaha mewujudkan sebuah badan guaman yang bebas daripada campur tangan politik serta menjadi badan yang berintegriti dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.