Majlis Peguam membuat resolusi yang berat sebelah kerana tidak mahu membela pihak polis yang didakwa mengasari perusuh jalanan yang dinamakan BERSIH 3.0. Tetapi hanya memihak kepada perusuh yang menghentam polis, Majlis Peguam yang dikuasai oleh Ambiga dan Pakatan rakyat telah menjadikan polis sebagai target untuk mereka menghentam kerajaan dan cubaan untuk melagakan rakyat dan polis di dalam siri-siri ceramah pakatan supaya rakyat membenci polis dan kerajaan.
Walaubagaimanapun taktik mereka ini tidak berjaya kerana tidak semua Majlis Peguam menyokong agenda Ambiga dan Pakatan rakyat ini.
Saya berpendapat bahawa Polis yang dikatakan mengasari Perusuh Bersih 3.0 adalah akibat daripada tindakan perusuh itu sendiri yang memaki hamun dan membuat provokasi terhadap pihak polis ketika bertugas. Maka kesabaran Polis yang bertugas dari awal pagi tergangu dan secara tidak sedar mereka bertindak akibat provokasi perusuh-perusuh tersebut .
Dari sudut undang-undang tindakan polis berkenaan adalah berlaku akibat dari "grave and sudden provocation" sebagaimana yang digariskan dalam kanun keseksaan yang hatta atau perbuatan atau tindak balas mereka itu mempunyai pembelaan yang bermerit dan sekiranya dalam tindakan mereka tersebut berlaku kematian kepada perusuh, maka undang-undang melindungi mereka & mereka tidak boleh dikenakan hukuman gantung, sebaliknya jika sabit bersalah akan dikenakan hukuman penjara seumur hidup sahaja.
Saya dan bersama sebahagian ahli majlis peguam yang lain telah bersepakat menyokong bantahan terhadap majlis peguam yang dikuasai oleh pembangkang, dan kami akan menawarkan khidmat guaman percuma termasuk jaminan kepada anggota polis yang didakwa akibat provokasi perusuh jalanan.
Majlis Peguam Persekutuan Malaysia (MPPM2012) juga menawarkan khidmat guaman civil kepada anggota polis yang dikasari perusuh jalanan dan mereka terlibat dengan menganjur rusuhan jalanan.
Dengan memberi khidmat guaman percuma ini harap dapat memberi pembelaan dan keadilan keatas pihak polis yang di serang oleh perusuh BERSIH 3.0 dan juga dapat membela Ahli Majlis Peguam yang cuba dikuasai oleh Ambiga dan Pakatan Rakyat.
Sila hubungi kami di mymppm@gmail.com bagi mendapatkan khidmat guaman percuma bagi anggota polis yang teraniaya dalam rusuhan bersih 3.0.